....................................
Tentu dia bukan wanita yang biasa. Kerana di sebalik wajahnya yang redup dan lembut itu rupa-rupanya ada semangat juang yang tinggi dalam dirinya. Kewibawaannya terpancar melalui patah bicaranya yang disusun berhati-hati sebelum dituturkannya. Jika melihat pada raut wajahnya yang lembut, imej dan keterampilannya sukar untuk mempercayai bahawa dia akan berucap dengan tegas, berani dan begitu yakin. Tapi dia telah membuktikan kepada semua bahawa tangan yang menghayun buaian itu mampu menggoncang dunia.Dan tiba-tiba semua orang ingin melihat tangannya. Ingin melihat jika dia akan bersalam dengan lelaki bukan mahramnya. Ingin melihat jika dia memakai sarung tangannya atau pun tidak. Semuanya gara-gara seorang apek tua bacul yang pernah dilihat dalam video lucah lucah itu! Dia mempersoalkan tindakan wanita yang beragama Islam itu yang tidak bersalam dengan mana-mana lelaki bukan mahramnya dan seolah-olah suatu masalah yang besar untuknya. Apek tua yang biadap itu lupa dia sedang tinggal di sebuah negara yang telah terang-terang menamakan Islam sebagai agama Persekutuannya dan di negaranya terdapat berjuta-juta orang Islam yang diwajibkan menjaga adab dan tatatertib sebagaimana yang dipraktikkan oleh wanita itu.
Cuma masalah apek tua bacul itu adalah kerana kawan-kawan Muslimnya tidak pernah memberitahunya tentang hukum dan adab itu. Kerana kawan-kawan Muslimnya juga tidak pernah mempraktikkan amalan itu di hadapannya, lalu menjadikan apek tua itu sangat jahil. Jahil sehingga dia berani menepuk air di dulang, meludah ke langit.
Dan wanita itu dengan tenang terus bersuara bagi pihak saudara-saudara seagamanya menjelaskan pendirian dan prinsipnya, lalu melegakan semua yang sejalan dengannya.
"Saya anggap 53 tahun (kita) merdeka, komponen BN gagal memahamkan ahli komponen mereka, (termasuk) MCA dan sebagainya, bagaimana adab bersalaman seorang individu muslim dan dengan yang lain.
"Kami sebagai individu Muslim, kami (wanita) memang tidak bersalam dengan lelaki... Begitu juga dengan kaum Tiong Hua, kami bersalaman dengan perempuan (Tiong Hua) tidak ada masalah, (sebab) mereka perempuan.
"Hatta kami saudara seislam pun, kami tidak bersalaman dengan lelaki."
Terima kasih Normala Sudirman.
"Hatta kami saudara seislam pun, kami tidak bersalaman dengan lelaki."
Terima kasih Normala Sudirman.
p/s : entri ini adalah hak cipta daripada blog bernama Nafastari milik Allahyarham Wan Ahmad Fadzil..aku cume menirunye kembali kerana entri nie ade maksud tersirat bagi remaje mcm aku...Al - Fatihah kepada beliau..sayu hati aku bile membace entri2 beliau yg sarat dgn pesanan kpd manusie yg masih hidup di dunie ini...nak tengok yg original, klik di sini.....
No comments:
Post a Comment